Cerpen : Kisah Sedihku
Ayah ...
Terlalu cepat kau pergi meninggalkan aku sendiri
Ayah ...
Kan ku ingat selalu pergorbanan yang telah engkau berikan
Ayah ...
Ku kirimkan doa semoga engkau tenang di dalam syurga
Lagu ini terus berulang-ulangkali ku dengari. Kerana liriknya yang begitu mendalam. Di mana setiap kali aku terbangun dari tidur aku selalu mendengar suara Ayahku yang selalu mengingatkan ku untuk solat subuh. Namun kini aku tidak merasakannya lagi, setiap kali aku terbangun dan terjaga dalam tidurku tidak lagiku dengar suara Ayahku yang selalu sabar dalam mengingatkanku. Entah pergu kemana semua masa-masa itu dan mungkinkah akan kembali? Hakikatnya hanya tinggal kenangan.
Sehari sebelum pemergian Ayah, ketika malam menjelang Ayah memanggilku ke biliknya lalu meminta aku untuk menemaninya. Dalam fikiranku terdetik rasa tidak senang hati, jantungku seakan-akan berdebar memikirkan keadaan Ayah ketika itu.
Keesokan harinya, ummi kejutkan aku untuk solat subuh dan bersiap untuk pergi ke sekolah lalu aku lekas bangun bersiap ke sekolah dengan kadar segera.
Tibanya aku di sekolah, aku melihat dari jauh ummi berjalan tergesa-tergesa menuju ke arah aku dengan reaksi muka yang sedih. Lalu aku terus menyapa ummi untuk menanyakan apa yang sedang bermain difikirannya.
"Adik, ummi nak bagi tahu yang Ayah sudah pergi meninggalkan kita. Sambil memeluk erat tubuhku".
"Lalu aku pengsan dipangkuan ummiku, dengan tidak membalas sepatah ayat darinya".
Setelah sedarnya aku dirumah, aku melihat keadaan Ayahku dengan ditutupi kain. Aku seakan-akan tidak percaya kerana baru sahaja semalam aku berbual dan memeluk erat tubuh Ayahku dengan perasaan yang sangat tenang apabila aku berasa disisinya.
Hari berganti hari, mas berlalu dengan pantas tanpa aku sedari sudah 8 tahun pemergian Ayahku. Pada tarikh kematian Ayahku tahun itu merupakan sambutan hari bapa. Setiap kali tibanya sambutan hari bapa aku akan termenung sendirian. Di dalam lubuk hati kecil ini teramat sedih memikirkan kenangan sewaktu bersama Ayah. Pada waktu itu aku hanya mampu mengirimkan doa dan menghadiahkan surah yassin untuk Ayah.
Wahai sahabat semoga kisah sedihku ini dapat menjadi teladan agar kita saling berbuat baik terhadap ibu bapa dan selalu menyayangi mereka sementara masih hidup. Bak kata perpatah peribahasa "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna". Jelaslah bahawa, fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. Apabila anda merasai sendiri pemergian kedua ibu bapa, akan terasa sedih dan pilunya hati ini apabila kehilangan orang yang kita cintai. Kasih sayang ibu bapa amat bermakna buat diri kita. Tanpa mereka kita tidak lahir ke dunia ini. Jadi bersyukurlah yang masih mempunyai ibu bapa. Jagalah hati dan perasaan kedua ibu bapa kerana mereka tidak pernah menyakiti hati kita.
Sent from my iPhone