CERPEN KELUARGA

Medina masih disini bersama sama 2rakan baiknya sedang begitu menikmati Nasi ayam budjet yang tidak begitu melazatkan.Dapat dilihat keadaan sekeliling kami yang makin lama makin kurang keriuhhannya,hampir kesemua pelajar tingkatan 5 dan 4 sudah selesai menikmati waktu rehat mereka,ada yang terlihat sedang duduk berdua sedang bermadu asmara di pondok yang tidak kurang usangnya yang hanya tinggal masa untuk roboh.  “aku pelik lah budak budak ni banyak banyak tempat nak berendut pondok roboh tu jugak dia tergedik gedik nak melepak”bebel Tania sejak dari tadi.Masing masing terus melihat aksi dua manusia yang telah menarik perhatian Tania sejak dari tadi.”itu bukannya Amri budak lelaki yang kau minat ke Tania.hahaha tak ape sikit masa lagi roboh lah pondok tu”kata amy kepada Tania“daripada korang perhati dua orang manusia tu lebih baik korang makan cepat sikit,ini dari tadi berbual ayam tu pun daripada terbaring dekat pingan korang agaknya boleh berlari balik tunggu korang siap makan”kata aku kepada Tania dan amy.mereka berdua terdiam lalu bergelak sakan mendengar aku berkata begitu.Selesai menunggu mereka berdua membersihkan sisa makanan,aku terus ternampak dua gelagat manusia yang aku sangat sangat kenali sedang bergelak sakan sambil berjalan dihadapanku.Tania yang melihat aku terdiam kaku terus memegang bahuku bagi menenangkan diriku yang tiba tiba terasa begitu sedih sekali. “Nia aku rindu nak tengok abang rais ketawa macam tu dekat dalam rumah”.Tania terus memegang lenganku “tak ape medina kau bersabar je doa banyak banyak bagi Allah pulangkan balik abang kau yang dulu”.”tapi dah lama sangat Nia.5bulan dia buat perangai yang pelik pelik.kadang kadang tak tentu pasal tiba tiba mengamuk tak tentu arah.baling barang,pecahkan semua barang barang dia.aku rasa dalam bilik dia tu semua barang dah lebur dia hempas.”.kataku kepada tania”serius lah sampai macam tu sekali.habis ibu dengan ayah kau macam mana”.terlihat riak wajah Tania yang begitu terkejut mendengar perubahan sikap yang berlaku pada abang rakan baiknya itu.Tania yang begitu mengenali keluarga kawan baiknya tu sejak kecil lagi berasa begitu kasihan dan simpati apabila melihat sebuah keluarga yang beliau begitu kenali dan begitu suka sekali melihat keakraban mereka sekeluarga yang begitu akrab dan sangat saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan begitu menjaga diantara satu sama lain.tania yang begitu mengenali Haziq Rais yang begitu baik hati,pemurah dan berhati lmbut Berubah dengan secara tiba tiba apabila berubah sikap menjadi seorang yang pemarah,panas baran dan suka menghamburkan kata kata kesat.“Ibu dengan ayah aku kadang kadang sampai naik buntu bila tengok abg rais naik hangin marah tak tentu pasal,.kadang kadang ada masa aku bangun tengah malam nak minum air sampai aku ternampak ibu menangis tengah malam keluar dari bilik abg”Amy terus memeluk tubuh rakan baiknya itu,”kau sekeluarga ada tak cuba ikhtiar berubat secara tradiosional”Aku terdiam”maksud kau jumpa bomoh semua tu ke? Ish tak nak lah benda tu semua khurafat lah.ibu dengan ayah aku mesti marah.Amy terus tergelak”hahaha bukan lah itu memang lah khurafat.ini berubat secara Islamic.aku bukan apa kita tak tau masalah abg Rais tu apa mungkin secara luaran ubatan moden dia Nampak sihat langsung tak Nampak sakit.tapi dalaman dia kita tak tau” medina terdiam sejenak mendengar kata kata rakannya itu.”tak ape nanti aku cuba cakap dengan ibu ayah pasal hal ni”.Amy tersenyum”tak apa kau berbincang dulu dengan ibu ayah kau,kalau setuju aku mintak bantuan atuk aku dia pandai berubat cara islam insyaAllah dia boleh tolong ape yang termampu”.Aku terus memeluk tubuh rakan rakan ku,”terima kasih korang sebab selalu ade susah senang dengan aku”. Lalu kami bertiga pun terus naik ke ke kelas apabila mendengar bunyi jam lonceng menandakan waktu rehat sudah tamat.
 Medina yang baru sahaja selesai solat isyak mendengar keriuhhan diluar biliknya.Beliau terus keluar lalu terus pergi ke bilik sebelah dan melihat abangnya sedang menghempaskan permainan video yang ade di dalam biliknya dengan sekuat hati lalu menjerit dengan sekuat hati.ibu bapa mereka yang baru naik ke tingkat atas terus meluru menenangkan anak mereka yang mengamuk secara tiba tiba.Medina terus memeluk ibunya yang sudah mengalirkan air mata melihat anak kesayangannya semakin hari semakin teruk.setelah 15minit berlalu keadaan kembali senyap.ayah medina terus menutup pintu bilik anak lelakinya itu,”Ayah tengok makin lama makin teruk keadaan anak lelaki ayah sorang tu”.medina terus bersuara”Ina rasa kita kena ikhtiah cara perubatan islam pulak ayah,kita jumpa ustaz mana mana kita cuba mana tau abang Rais boleh sihat kembali ceria macam dulu balik,bukan macam yang sekarang ni”.Keda ibu bapa medina terdiam.”Hmm betul abang,saya rasa kita kena cuba berubat secara perubatan islam.mana tau dengan izin Allah anak kita boleh kembali sihat macam dulu balik”.Ayah medina terus bersetuju”Okey kalau itu saja jalan terakhir yang ada ayah setuju,esok jugak kita cari ustaz yang pandai dalam hal hal ni’
Keesokkan harini mereka bertiga terus pergi kerumah Amy rakan kepada medina untuk meminta bantuan.Mereka bertiga duduk di ruang tamu sementara menunggu datuk kepada amy selesai mengerjakan solat dhuha.Datuk amy yang bernama tuk samad tersenyum melihat kehadiran mereka bertiga di pagi hari itu.”Assalammualaikum maaf buat kamu semua menunggu”Sambil bersalaman dengan mereka bertiga.” Eh tak mengapa,saya yang patut mintak maaf pada pakcik sebab datang menganggu pagi pagi ni”.Ayah medina meminta maaf.”Tak mengapa lah,Lagipun tujuan kamu datang kesini pun cucu pakcik dah bagitau.jadi boleh pakcik tau puncanya kenapa anak kamu berdua jadi macam itu sekali”.Ayah medina terus menceritakan satu satu peristiwa yang telah berlaku kepada anaknya itu” Lima bulan lepas anak saya pergi menyertai sebuah kem di gunung ledang.masa mereka sedang naik ke puncak anak saya sesat di dalam hutan tersebut.lebih lima jam pencariaan mereka semua terjumpa anak saya pengsan di celah celah batu,Sejak dari itu anak saya terus berubah sikap jadi seorang yang pemarah.Perangai mengamuk nya akan menjadi jadi semasa waktu magrib waktu azan sedang dilaungkan.kami semua dah cuba bawak dia berubat jumpa pakai semua tapi langsung tak ada tanda tanda penyakit kronik yang dihidapnya.”Pakcik samad terdiam.”Hmm kenapa dari awal tak nak berubat.kita sebagai umat islam mesti percaya dalam dunia kita ni ada dunia lain yang hidup sekali.jadi pakcik rasa anak kamu ada terusik benda semasa mendaki disana.tak apa kita cuba dengan izin Allah insyaAllah dia pulih macam dahulu”.Mereka bertiga berdiam kerana menyesal tidak mengambil langkah awal dari dahulu lagi.”Hmm Terima kasih pakcik silap saya jugak tak ambil langkah dari awal”.”taka pa anak,benda ini semua kita tak tau mungkin ini dugaan untuk kamu sekeluarga,Ini pakcik dah siapakan air untuk diminum,dan air untuk dimandikan.Kamu sekeluarga kena baca yassin pada setiap malam selama 7hari berturut.dan pakcik akan pergi ke rumah kamu untuk merawat anak lelaki kamu yang digangu itu”.


Setelah Dua minggu mereka sekeluarga ikhtiar berubat untuk anak lelaki mereka keadaan telah kembali menjadi seperti dahulu. Dengan pelbagai halangan yang mereka hadapi akhirnya mereka dapat menjadikan anak mereka sihat kembali dan menjadi ceria seperti dahulu kala.Akhirnya mereka sekeluarga hidup dengan penuh bahagia dan harmoni.Haziq Rais yang dahulunya seorang pemarah telah kembali menjadi seperti sediakala dan meminta maaf akibat perbuatannya yang telah melukai hati keluarga yang beliau sangat sayangi.Dan medina telah mendapat kembali abang kesayangannya yang dahulu yang telah berubah sikap secara tiba tiba dan telah menjarakkan hubungan mereka sekeluarga.Dan Mereka sekeluarga telah mengambil keputusn ingin mengadakan kenduri kesyukuran bagi mesyukuri keluarga mereka telah kembali kepada yang asal dan bahagia selamanya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

Search This Blog

Powered by Blogger.

CERPEN KISAH SEDIHKU